Selepas serangan bom dari rejim Bashar Al Assad, kanak-kanak Syria hilang tempat bermain mereka. Sebahagian mereka mencari dan menggunakan bahan terbuang atau yang boleh dikitar semula sebagai permainan mereka. Mereka kini tidak lagi ke sekolah kerana kebanyakkannya musnah dibom oleh rejim itu. Kanak-kanak ini sering hidup dalam keadaan ketakutan kerana rejim Bashar sering melakukan rondaan melalui udara menggunakan pesawat pejuang mereka.