Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya Ke-10 berlangsung di Presint 2 bermula hari ini hingga 31 Mac dan akan membabitkan sebanyak 20 belon udara panas yang diterbangkan oleh para juruterbang dari 14 buah negara.

Sebagai pembuka tirai, belon udara panas warna-warni dan mempunyai pelbagai bentuk menarik termasuk badut, gajah, sotong dan beruang memenuhi ruang udara Putrajaya pagi ini dan dinaiki oleh para pengamal media awal pagi ini.

Antara negara menyertai program itu ialah Sepanyol, Slovakia, Brazil, Australia, Jepun, Belgium, Amerika Syarikat, United Kingdom, Korea Selatan dan Taiwan.

Pelbagai aktiviti dianjurkan dengan harga tiket bermula dari RM15 hingga RM300 mengikut jenis acara yang disediakan.