Kelihatan aktiviti mencari etak berkurang selepas Jabatan Perikanan Pahang mengeluarkan arahan agar orang ramai tidak ghairah menangkap etak yang boleh merosakkan ekosistem hidupan sungai dan boleh didenda RM100 hingga RM5,000.

Jabatan Perikanan Pahang kelmarin mengingatkan orang ramai agar tidak ghairah menangkap etak atau turut dikenali sebagai remis serta kijing di perairan sungai di negeri ini secara keterlaluan.