Menurut Yoi, alas kayu yang diperbuat daripada pokok tembesu itu dijual dengan harga RM10 hingga RM180 mengikut saiz.

Dia yang menjalankan perusahaan itu bersama keluarga berkata pokok tembesu diperolehinya dari kawasan hutan sekitar kampung Paya Bungor, dekat sini.

Perusahaan yang diasaskan ayahnya sejak lebih lapan tahun lepas itu merupakan nadi pendapatan bagi menyara keluarganya.