Beberapa pegawai hidupan liar di Pulau Maria di sini terpaksa berbuat demikian kerana sikap pelancong yang gemar meluru dan merakamkan gambar swafoto bersama wombat menyebabkan haiwan itu mengalami tekanan.

Sebuah papan ikrar atau perjanjian yang memaparkan tulisan dalam beberapa bahasa termasuk Mandarin dipasang pada dinding terminal feri. Pelancong diminta membaca ikrar sebaik tiba di Pulau Maria.

Ikrar itu antara lain berbunyi: “Wombat, ketika kamu melompat di depan saya, saya dengan ini berjanji tidak akan mengejar kamu dengan tongkat swafoto atau berada terlalu dekat dengan bayi kamu.

“Saya juga tidak akan mengelilingi kamu atau mendukung kamu.”

Ketua Eksekutif Pelancongan Perairan Timur, Ruth Dowty memberitahu stesen penyiaran ABC Radio bahawa pelancong menyukai wombat, jadi mereka perlu dididik cara sebenar untuk berinteraksi dengan haiwan tersebut. – Agensi