“Mulai hari ini, semua pengguna versi terkini WhatsApp boleh menyebarkan sesuatu mesej terhad kepada lima pe­nerima sahaja,” demikian menurut WhatsApp dalam satu kenyataan kelmarin.

“Kami akan terus mende­ngar maklum balas pengguna mengenai pengalaman mereka (berhubung pembaharuan tersebut) dan akan mencari cara baharu bagi menangani kandungan tular,” tambah ke­nyataan sama.

Pada Julai tahun lalu, WhatsApp melaksanakan beberapa langkah keselamatan di India termasuk mengehadkan bilangan penerima mesej yang disebarkan dan menyiarkan iklan di akhbar-akhbar untuk meningkatkan kesedaran orang awam tentang bahaya penyebaran berita palsu.

Keputusan itu dibuat selepas kerajaan India me­ngugut akan bertindak setelah kumpulan-kumpulan pe­rusuh membelasah sehingga mati lebih 20 orang yang dituduh menjadi penculik kanak-kanak dalam beberapa kejadian berasingan kerana terpengaruh dengan berita palsu dalam WhatsApp.

Diasaskan pada tahun 2009 dan dibeli oleh Facebook pada 2104,

WhatsApp menyatakan bahawa pada awal tahun 2018, aplikasi mesej itu mempunyai lebih 1.5 bilion pengguna. Pengguna WhatsApp bertukar-tukar purata 65 bilion mesej sehari. – AFP