Firma yang dimiliki Facebook itu sudah menguji perkhidmatan berkenaan dengan penglibatan  kira-kira satu juta pengguna tahun lalu.

Bagaimanapun, satu pelancaran komersial terpaksa ditunda untuk memperoleh kelulusan daripada pihak pengawal selia perbankan di India.

“WhatsApp Payments akan menjadikannya lebih mudah untuk membuat bayaran kepada pengguna WhatsApp, sama seperti menghantar satu mesej,” menurut ketua global firma itu, Will Cathcart dalam satu kenyataan.

“Kami tidak sabar untuk membekalkan perkhidmatan ini kepada pengguna di seluruh India tahun ini,” katanya.

India mungkin menjadi negara pertama memperoleh perkhidmatan pembayaran WhatsApp, namun Cathcart tidak menyatakan sama ada pihak berkuasa sudah memberikan kelulusan terakhir.

India merupakan salah satu ekonomi utama dunia paling pantas berkembang, dengan berpuluh-puluh juta pengguna menggunakan transaksi atas talian.

Sebaik dilancarkan, WhatsApp akan bersaing dengan firma pembayaran digital tempatan Paytm dan Phonepe serta saingan antarabangsa seperti Amazon Pay dan Google Pay. - AFP