Navas memberitahu saluran berita NTN24 dalam satu temu bual bahawa mayat mangsa masih berada di sana.

“Mereka berada di dalam wilayah Colombia,” katanya.

Tiga lelaki tersebut yang bekerja untuk akhbar berpengaruh, El Comercio diculik oleh anggota FARC ketika membuat liputan keganasan di sepanjang sempadan di mana pihak berkuasa Ecuador telah bertempur dengan pemberontak Colombia yang terlibat dalam penyeludupan dadah.

“Mereka dibunuh di dalam wilayah Colombia,” kata Navas.

Presiden Ecuador, Lenin Moreno mengesahkan pada Jumaat lalu bahawa semua mangsa telah dibunuh dan mengumumkan penghantaran 500 anggota tentera di kawasan sempadan bagi memburu penculik mereka. - AFP