Lelaki berusia 68 tahun yang tidak didedahkan namanya itu ke sebuah pusat kesihatan untuk pemeriksaan setelah benjolan pada leher sebelah kanannya tidak sembuh sejak dua bulan berlalu.

Ujian darah menunjukkan lelaki itu menghidap sejenis penyakit tularemia yang jarang ditemui dan boleh menyebabkan pneumonia berbahaya dalam 60 peratus daripada kes-kes sebelum ini. Lelaki tersebut percaya dia mendapat penyakit itu daripada kucingnya yang mati selepas dua hari tidak sihat.

Tularemia jarang berlaku, namun boleh menjangkiti manusia dan binatang sekiranya mereka memakan daging haiwan dijangkiti yang tidak dimasak, terutamanya arnab. Sentuhan kulit ke kulit dengan haiwan peliharaan yang dijangkiti juga boleh menyebabkan tersebar.

Menurut The New England Journal of Medicine, kesan bengkak pada leher warga emas itu disebabkan pembesaran nodus limfanya dan ujian darah menunjukkan lelaki itu dijangkiti sejenis bakteria Francisella tularensis, namun berada dalam keadaan sihat.

Setelah dirawat dengan antibiotik selama sebulan, pesakit itu pulih sepenuhnya. – Agensi