Dua tahun lalu, Lexi Reed, 26, dipercayai seberat 219kg, manakala suaminya, Danny Reed pula mempunyai berat 127kg menyebabkan masing-masing nekad untuk menurunkan berat badan demi kesihatan.

Pasangan yang berkahwin pada Oktober 2015 itu, mula menjalani senaman pada Januari tahun lalu selepas masing-masing berusaha menurunkan 8,000 kalori pada setiap hari menyebabkan Danny berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 86kg.

“Kami tidak mempunyai sebarang rancangan mengenai kuantiti makanan, pembedahan atau jurulatih peribadi sebaliknya, kami cuma melakukan senaman di gimnasium enam kali seminggu selain menghadiri kelas zumba.

Kisah pasangan berkenaan yang berjaya menurunkan berat badan secara mendadak itu menjadi tular di internet sejak Februari lalu selain memiliki lebih 450,000 pengikut di Instagram.

Lexi yang kini mempunyai berat 82kg berkata, dia tidak menyangka bahawa hanya dalam beberapa bulan, mereka akhirnya menjadi pasangan yang sama sekali berbeza.

Pasangan berkenaan kemudian meraikan kejayaan mereka dengan memuat naik beberapa gambar di internet yang menunjukkan perbezaan bentuk badan mereka ketika gemuk dan selepas kurus. 
– Agensi