Mangsa, Jordan Lindsey, 21, diserang oleh tiga ekor jerung ketika melakukan aktiviti itu di Pulau Rose, timur Nassau, kata Timbalan Komisioner Polis, Paul Rolle kepada WPLG.

Mangsa kemudian dibawa ke pantai lalu dikejarkan ke hospital namun gagal diselamatkan apabila dia disahkan mati sebaik tiba ke sana, kata Rolle.

Tidak dapat dinyatakan spesies jerung yang menyerang wanita tersebut.

“Kami mengesahkan seorang warganegara Amerika Syarikat di Bahamas meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas diserang jerung pada 26 Jun lalu,” kata jurucakap Jabatan Negara kepada agensi berita ABC News.

“Jordan mempunyai hati yang paling baik serta lemah-lembut dan dia akan dirindui,” kata keluarganya di laman GoFundMe yang dibangunkan untuk mengumpul wang bagi membawa pulang mayatnya ke California dan membiayai kos pengebumian.

“Kementerian Pelancongan Bahamas menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga dan orang tersayang yang mengenali mangsa,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh WPLG. - AFP