Jenilyn Rodriguez, 30, mengambil keputusan pelik itu selepas dia mengakui jatuh cinta pada sebentuk cincin buatan tangan dari Ireland yang dibelinya pada awal tahun ini. Dia menggunakan cincin sama untuk bertunang dengan diri sendiri.

Wanita itu berkahwin dengan diri sendiri pada 11 November lalu dan majlis itu dihadiri seramai 20 kenalan rapatnya termasuk adiknya, Jessica.

“Saya sudah memiliki segala-galanya. Jadi, saya hanya mahu satu kehidupan yang dipenuhi dengan kegembiraan dan kasih sayang,” katanya yang merancang untuk berbulan madu di Ireland. – Agensi