Ibu kepada dua orang anak itu, Magdalena Malec, 31, berkata, dia menyedari bahawa dirinya hamil anak ketiga pada Disember 2014 tetapi malangnya dia keguguran beberapa minggu kemudian.

Susulan itu, dia secara berterusan mengalami pendarahan melampau dan kekejangan perut menyebabkan dia mendapatkan rawatan di Hospital Luton dan Dunstabel, namun doktor yang merawatnya hanya memberi beberapa ubat tahan sakit dan membenarkannya pulang ke rumah.

“Beberapa hari kemudian, saya mengalami gangren (sel darah mati) pada kedua-dua tangan dan kaki. Ketika itu, pasukan doktor baru mengesahkan bahawa saya sebenarnya menghidap sepsis menyebabkan saya terpaksa menjalani pembedahan untuk memotong anggota badan itu.

“Sekarang kehidupan saya bukan lagi satu kehidupan normal sebaliknya saya perlu bertarung untuk hidup. Saya kini berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas hospital berkenaan kerana cuai,” katanya.

Sepsis merupakan keracunan darah yang disebabkan reaksi badan berikutan jangkitan. Antara simptom awal ialah tekanan darah tinggi, kegatalan, sukar membuang air kecil dan anggota badan bertukar menjadi kebiruan. – Agensi