Emma Oliver menerusi satu petisyen berbuat demikian selepas anak lelakinya, Daniel Long, 15, membunuh diri disebabkan tekanan mengulang kaji pelajaran bagi peperiksaan Sijil Umum Pendidikan Menengah (GCSE).

Menurut laporan, Long yang bercita-cita menjadi seorang peguam membunuh diri pada bulan Februari 2017 dan keputusan mahkamah mendapati mendiang berbuat demikian akibat tekanan menduduki peperiksaan.

Long mengambil tindakan mengejutkan selepas melupakan cita-cita dan usahanya dengan menggantung diri di rumahnya di sini.

Oliver dalam petisyennya yang menerima kira-kira 4,500 tandatangan menggesa kerajaan memperuntukkan dana membiayai kos kaunselor agar kejadian menimpa anaknya tidak berulang pada pelajar lain. – Agensi