Emma Marshall, 29, menemui kulapuk tebal berwarna hitam tumbuh di dalam tandas rumahnya di Hackney, di barat London pada 2014 sebelum kesihatannya mula merosot.

Wanita itu berterusan mengalami pelbagai masalah kesihatan walaupun selepas berpindah rumah sehinggalah dia cuba mencari jawapan melalui carian internet tahun lalu dan menemui maklumat tentang kesan toksin kulapuk dikenali sebagai mikotoksin.

Yakin dirinya sudah keracunan, Marshall berjumpa doktor pada bulan lalu untuk membuat ujian kadar mikotoksin dalam darah dan terkejut dengan bacaan yang terlalu tinggi tetapi masih di tahap selamat.

“Saya berasa sungguh takut kerana tidak mengetahui kenapa badan saya semakin lemah. Kini, ketakutan itu berterusan apabila mengetahui badan saya telah diracuni toksin kulapuk,” katanya.

Marshall kini sedang mengumpul derma untuk mendapatkan rawatan yang tidak disediakan bawah sistem kesihatan Britain untuk keracunan mikotoksin.

Mikotoksin adalah sisa sampingan daripada proses metabolik sesetengah kulat yang boleh menjejaskan kesihatan mahupun kematian kepada manusia dan haiwan. Kesannya berbeza mengikut individu. Lazimnya ia menjejaskan badan pesakit yang sudah lemah akibat masalah kesihatan lain. – Agensi