Polis Metropolitan London berkata, mangsa mengalami kecederaan yang boleh ‘menjejaskan hidupnya’ disebabkan oleh serangan mengerikan itu.

Mangsa yang terkejut dengan insiden itu, mengalami pendarahan teruk semasa dia didatangi beberapa anggota polis yang kemudian membawanya ke sebuah hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan awal.

Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu kemudian dibawa ke hospital lain di barat London dan terpaksa menjalani pembedahan akibat kecederaannya.

Menurut polis, mangsa perlu menjalani pembedahan susulan pada masa akan datang.

Suspek digambarkan sebagai seorang lelaki berkulit hitam dan berambut pendek serta bertubuh sasa. Dia memakai baju-T berwarna hitam semasa kejadian.

Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung serangan itu agar tampil membantu siasatan.

Detektif Driss Hayoukane berkata: “Ini adalah kejadian menakutkan yang menimpa wanita berkenaan. Serangan tersebut boleh menjejaskan hidup mangsa kerana memerlukan pembedahan lanjut.

“Lelaki yang melakukan perbuatan itu jelas individu ganas dan berbahaya, saya yakin pihak kami mampu mengenal pasti dan menangkapnya secepat mungkin.” kata Hayoukane. 
– Agensi