Wanita yang enggan namanya disiarkan dari Woree di sini menceritakan pengalamannya kepada seorang pentadbir Penyelidikan Yowie Australia, Dean Harrison yang sedang menjalankan kajian mengenai kewujudan makhluk itu sejak 25 tahun lalu.

Pendedahan wanita itu kemudian disiarkan di beberapa buah akhbar di Australia baru-baru ini.

Wanita tersebut mendakwa kejadian itu berlaku ketika dia sedang berjalan kaki di sebuah kawasan berdekatan hutan dan bukit pada tahun 1990.

Sebaik terserempak dengan Yowie, dia menyangka makhluk itu ialah seorang lelaki yang memakai kostum gorila berwarna keperang-perangan.

Bagaimanapun, wanita itu mendakwa dikejar haiwan tersebut sebelum bahagian belakang badannya ditolak kuat menyebabkan dia tergelincir di kawasan kaki bukit.

Wanita itu menyatakan dia bernasib baik kerana sempat melompat melepasi pagar sebelum berlari ke arah keretanya. – Agensi