Rakan-rakan wanita itu, Kerri Moran percaya rumah baharunya berpuaka selepas dia berkongsi objek berbentuk bola seramik bersama sebuah keranda kecil.

Kerri berkata, dia menemui ‘harta karun’ itu semasa menggali di laman rumahnya tetapi ramai pengguna media sosial berkata, objek tersebut terkena sumpahan.

“Saya membeli sebuah rumah lama dan menemui ‘harta karun’ ini di laman. Saya tidak tahu apakah benda ini dan anak perempuan saya bencikannya,” kata Kerri melalui status di Facebook.

“Objek ini besar dan berat,” tambahnya.

Status tersebut mendapat maklum balas ramai netizen.

“Tanam kembali atau bakar objek itu” demikian menurut sekitar 10,000 komen di laman sosial berhubung status tersebut.

Bagaimanapun, Kerri yang berasal dari sini, mengambil keputusan untuk melakukan siasatan dengan menghubungi pemilik sebelumnya.

“Wanita itu berkata, anak lelakinya mengambil kursus pembuatan tembikar di sekolah tinggi beberapa tahun lalu dan kerap membawa balik objek ‘mengarut’. Dia membuang barang itu di laman rumah ini termasuk objek yang disangka berpuaka tersebut,” jelas Kerri dalam status susulan. 
– Agensi