Wanita tersebut, Kim Draper, berjaya menghubungi penghantar dan individu yang sepatutnya menerima poskad tersebut.

Draper menemui poskad itu di dalam peti suratnya pada 8 Julai lalu dan segera mengesan penerimanya iaitu pasangan adik-beradik, Leena dan Mohammad Ali Kizilbash.

Poskad tersebut dikirim oleh bapa mereka, Masrour Kizilbash ketika dia berada di Hong Kong.

Masrour mendapat tahu tentang poskad tersebut selepas berita mengenainya disiarkan dalam akhbar tempatan.

“Saya terkejut mendapati poskad ini mengambil masa begitu lama untuk sampai. Saya beranggapan keluarga saya telah menerimanya,’ kata Masrour.

Lelaki itu mengirimkan poskad berkenaan semasa dia melawat Hong Kong pada tahun 1993. Ketika itu, dia bekerja sebagai seorang jurutera teknikal di sebuah empangan di China.

Anaknya, Mohammad Ali kini berkhidmat sebagai seorang pakar kardiologi di Chicago.

“Saya teruja untuk menerima poskad ini dan akan menyimpannya,” kata Mohammad Ali.

Sementara itu, Perkhidmatan Pos AS mengemukakan beberapa teori bagi menjelaskan punca ia mengambil masa yang begitu lama untuk dihantar termasuk ia tertinggal di dalam peralatan kosong atau kakitangannya tidak menyedari poskad tersebut. – Agensi