Wakil pelajar UUM, Muhammad Khamim Zikri Mohd Nahrawi berkata, program yang berlangsung selama seminggu itu bertujuan memperkasakan corak kepimpinan dan menyerlahkan potensi dalam membina jaringan antarabangsa.

“Selain itu, UCUC menjadi platform terbaik kepada kami untuk membentuk pemimpin muda yang kreatif, berdikari, peka dengan hak asasi merentasi sempadan,” katanya.