Mereka menangkap ular sawa seberat 74.8 kilogram itu pada Sabtu lepas di kem Everglades, daerah Broward County.

Anggota Majlis Pengurusan Air Florida Selatan, Ron Bergeron, membantu menangkap reptilia itu.

“Ular sawa Burma mendatangkan ancaman besar terhadap kawasan Everglades di Florida dengan menggugat rantaian makanan semula jadi.

“Kami bernasib baik dapat menangkap ular sawa betina ini yang besar dan seluruh sarangnya,” kata Bergeron kepada akhbar Sun Sentinel.

Ular sawa Burma berasal dari Benua Asia dan diimport ke negeri Florida untuk dijadikan haiwan peliharaan. Reptilia tersebut dianggap sebagai spesies ivasif kerana memakan apa sahaja haiwan asal di Everglades termasuk rusa, rakun, burung serta aligator. - Agensi