Ular berbisa jenis Tiger itu dipercayai masuk ke dalam penyaman udara melalui satu lubang saluran paip pada dinding luar rumah pasangan terbabit di bandar Little River dekat sini.

Pasangan itu menghubungi Stewart Gatt, seorang penangkap ular profesional di Melbourne untuk menangkap reptilia berkenaan.

Satu rakaman video menunjukkan ular itu cuba mematuk Gatt dan bertindak agresif selepas ‘rumahnya’ diganggu.

“Ular ini mungkin masuk melalui lubang paip pada dinding ketika mengejar tikus. Ia juga mungkin mencari tempat lebih sejuk sebelum ketibaan musim panas,” katanya yang melepaskan ular itu di sebuah kawasan berhampiran. – Agensi