Seorang lelaki, Cody Kennedy memandu bersama rakan-rakannya di bandar Twentynine Palms, di sini, baru-baru ini apabila dia melihat sebuah objek bersinar menjalar di langit.

“Saya dan rakan-rakan keluar mencari ular orok-orok di sekitar kawasan gurun,” kata lelaki berusia 31 tahun tersebut yang berhasrat menangkap reptilia itu untuk untuk siaran di saluran YouTubenya yang bertemakan haiwan.

Bagaimanapun, mereka terkejut apabila terlihat cahaya panjang bergerak-gerak di langit ketika dalam perjalanan pulang.

Dia pada mulanya menyangka seseorang sedang menyuluh cahaya lampu ke arah sehelai bendera tetapi cahaya itu terlalu tinggi untuk ia dipancarkan dari tanah.

Klip video yang dirakamnya menunjukkan UFO menyerupai ular itu menjalar di langit. Cahaya tersebut berwarna putih dan mempunyai tompokan hitam di pada alurnya.

Cody berkata, kejadian aneh itu berlaku selama 30 minit. Cahaya tersebut kemudian menuju ke arah gurun dan lenyap.

“Kami bergerak ke lokasi cahaya itu hilang tetapi tidak menemui apa-apa,” katanya. – Agensi