Lelaki berusia 56 tahun itu dibawa ke Hospital Kingston di sini baru-baru ini selepas tertelan tulang. Namun, doktor memberi ubat antibiotik dan berpendapat pembedahan tidak perlu dilakukan untuk membuang tulang sepanjang lima sentimeter itu.

Bagaimanapun, pesakit itu kembali semula ke hospital sama kira-kira lapan minggu selepas kejadian kali pertama dan pemeriksaan mendapati tulang ayam sama telah menembusi ususnya buat kali kedua.

Pesakit itu menjalani beberapa siri pembedahan selepas dimasukkan ke hospital selama 45 hari untuk merawat luka akibat tusukan tulang ayam.

Tulang itu bergerak ke bahagian rektum dan doktor tidak dapat mengesahkan sama ada ia sudah keluar daripada tubuh pesakit.

“Ini adalah kes pertama yang dalam pengetahuan kami berhubung dua tusukan pada usus kecil hingga pesakit dimasukkan ke hospital sebanyak dua kali,” kata Dr. Andrew James dalam satu laporan jurnal BMJ Case Reports baru-baru ini. – Agensi