Berat Polataglu mencukur bulu badan pelanggannya itu di kedai miliknya di bandar ini.

Dia hanya menggunakan pencukur biasa untuk membentuk bulu badan lelaki berkenaan kepada bentuk ves.

Berat mempunyai saluran video sendiri di laman YouTube bersama kira-kira 20,000 orang pengikut.

Klip video dia menghasilkan potongan aneh itu dimuat naik ke laman berkenaan dan mencatatkan lebih 40,000 tontonan setakat ini.

Rakaman itu juga mendapat lebih satu juta tontonan di laman Instagram peribadinya.

Walaupun klip video itu kelihatan lucu, Polataglu memiliki kemahiran tinggi sebagai tukang gunting dan dia mengambil serius kerjayanya.

Dia mahir dalam eknik potongan rambut luar biasa seperti membuat bentuk misai pada leher pelanggannya yang berbulu lebat. – Agensi