Tindakan itu kelihatan mengeruhkan lagi hubu­ngan dagangan dengan Beijing yang sememang­nya tegang sebelum ini.

Sebelum ini, AS me­ngumumkan tindakan mengenakan tarif ‘hukuman’ ke atas barangan China sedia ada berjumlah AS$50 bilion (RM207 bi­lion), manakala tarif tambahan sebanyak AS$200 bilion (RM830 bilion).

Pelaksanaan tarif itu dikatakan akan dikuatkuasakan secepat mungkin.

Trump semasa bercakap kepada wartawan di sini, berkata, terdapat tambahan tarif lain sebanyak AS$267 bilion (RM1.1 trilion) yang boleh dikenakan dalam notis singkat jika beliau mahu.

Ia akan merangkumi kesemua barangan import dari negara ekonomi ke­dua terbesar di dunia itu.

Kata-kata Trump itu bertentangan dengan ke­nyataan penasihat ekonomi atasannya, Larry Kudlow bahawa perbincangan dengan Beijing akan diteruskan untuk meredakan konflik.

“Ketika ini, China adalah satu masalah jauh lebih besar. Saya bertegas dengan China kerana saya perlu berbuat demikian,” kata Trump. – AFP