Comey berkata demikian dalam sesi wawancara bersama stesen televisyen ABC yang di­siarkan kelmarin.

Trump terdahulu mengkritik beliau menerusi Twitter de­ngan menggelarkannya seorang yang jijik dan mahu bekas pengarah FBI itu dipenjarakan.

Wawancara bersa­ma saluran berita ABC News itu disiarkan menjelang pelancaran bukunya yang berjudul A Higher Loyalty: Truth, Lies and Leadership hari ini. Buku tersebut menceritakan secara terpe­rinci in­teraksi Comey dengan Presiden daripada Parti Republikan itu.

“Saya berpendapat beliau tidak layak dari segi moral untuk menjadi Presiden,” kata Comey dalam temu bual tele­visyen pertama sejak beliau dipecat pada Mei tahun lalu.

Comey juga menceritakan sikap Trump yang melayan kaum wanita dengan buruk dan gemar menipu tentang perkara besar atau kecil serta mahu rakyat AS mengenai mempercayainya.

“Nilai murni penting. Pre­siden ini tidak mencerminkan nilai-nilai negara ini (AS),” kata Comey.

Beliau turut berkata bahawa berkhidmat dalam pentadbiran Trump mencetuskan dilema etika.

“Masalah dengan Presiden ini adalah beliau akan mencemarkan semua orang di sekelilingnya. Persoalannya berapa banyak pencemaran yang dianggap terlalu banyak sehingga menyebabkan anda tidak dapat melaksanakan matlamat anda untuk melindungi dan ber­khidmat kepada negara anda (AS),” kata Comey lagi. – AFP