Bayaran itu dibuat untuk menghentikan tuntutan Daniels atau nama sebenarnya, Stephanie Clifford yang dianggap palsu dan sekadar ugutan selepas mendakwa dia pernah menjalin hubungan intim dengan Trump.

Kenyataan Trump dilihat bercanggah dengan penafian awalnya bahawa beliau tidak mengetahui sebarang bayaran yang dibuat oleh peguamnya, Michael Cohen kepada Daniels.

Trump menafikan dana itu digunakan untuk membuat pembayaran yang mempunyai kaitan dengan kempen sebaliknya menyifatkan ia adalah satu perjanjian persendirian.

Beliau tidak mendedahkan mengenai perjanjian berkenaan tetapi menyifatkan ia adalah satu bayaran biasa dalam kalangan selebriti dan orang kaya.

“Cohen telah menerima menerima bayaran pendahuluan bulanan namun ia bukan dari wang kempen dan tiada kena mengena dengan kempen, sebaliknya menerusi pembayaran semula iaitu satu perjanjian antara dua pihak yang dikenali sebagai perjanjian tetapi bukannya pendedahan,” kata Trump di Twitter. - AFP