Pemimpin AS dan Jepun itu akan bertemu menjelang sidang kemuncak yang ditunggu-tunggu bersama pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un bertempat di Singapura pada 12 Jun ini.

Jepun mengambil pendirian paling tegas ke atas Korea Utara berbanding jirannya, Korea Selatan dan China. Tokyo berasa kurang senang dengan perkembangan baru-baru ini dan menganggap sikap berlembut kepada Pyongyang itu tidak wajar.

“Semasa satu panggilan telefon, Trump dan Abe membincangkan perkembangan di Korea Utara dan mengesahkan bahawa mereka akan bertemu sekali lagi untuk meneruskan koordinasi rapat menjelang sidang antara AS dan Korea Utara, kata satu kenyataan White House.

“Presiden AS dan Perdana Menteri Jepun mengesahkan kemestian bersama untuk mencapai perlucutan senjata nuklear, kimia, biologi dan program peluru berpandu balistik Korea Utara secara menyeluruh dan berkekalan” kata kenyataan sama.

Washington mahu Korea Utara segera melucutkan semua senjata nuklearnya sebagai pertukaran bagi menghapuskan sekatan dan mendapatkan bantuan ekonomi.

Korea Utara pula mempunyai pandangan berbeza mengenai perlucutan senjata nuklear, malah Pyongyang bimbang ketiadaan senjata pemusnah itu akan menyebabkan negara dan pemimpinnya terdedah kepada ancaman terutama ketika AS mengekalkan pasukan tentera yang kuat di Korea Selatan. – AFP