Timbalan Perdana Menteri berkenaan berdepan gesaan untuk meletakkan jawatan susulan skandal seks itu.

Joyce yang telah berkahwin selama 24 tahun, kini menantikan kelahiran bayi hasil hubungan sulit dengan bekas setiausaha akhbarnya, Vikki Campion.

Beliau menerima tekanan hebat kerana gagal mengisytiharkan hubungan dengan bebas stafnya itu semasa diberikan dua jawatan tinggi dalam kerajaan.

Kod tata laku menteri-menteri Australia mewajibkan menterinya mengisytiharkan hubungan cinta dengan mana-mana kakitangan menteri Kabinet.

Namun, Joyce berkata, beliau tidak melanggar peraturan kerana Campion bukan ‘pasangannya’ pada masa itu.

Skandal itu boleh menjejaskan kerajaan Australia. Sekiranya Joyce meletak jawatan, Perdana Menteri Malcolm Turnbull akan hilang majoriti tipis satu kerusi di Parlimen. - Reuters