Helikopter milik sebuah syarikat swasta itu terhempas kira-kira 9 pagi (waktu tempatan)  di kampung Hooling, sub daerah Wangsaeng di wilayah berkenaan.

"Kami menjumpai tiga mayat  di dalam helikopter," kata Ketua Polis Chonnabot Kol Keeratikom Amornpatpakin, dan menambah, pihak berkuasa masih menyiasat butiran lanjut tentang helikopter itu dan punca insiden berkenaan.

Beliau berkata ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang dialami. - Bernama