Firma Hansons berkata, individu berkenaan membuat keputusan menjual mangkuk itu yang dibeli pada tahun 1920 dan selama ini cuma digunakan untuk mele­takkan buah-buahan.

“Mangkuk bermotifkan bunga dan daun berwarna biru dan putih itu sebenarnya berasal dari zaman pemerintahan Maharaja Yinzhen semasa Dinasti Yongzheng. Beliau memerintah China dari tahun 1723 hingga 1735 Masihi.

“Selepas melakukan beberapa pemeriksaan, ia sebenarnya salah satu koleksi mangkuk dari negara Tembok Besar yang jarang ditemui,” kata pakar barangan antik, Charles Hansons.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pemilik dan harga mang­kuk itu dijual kepada firma lelongan berkenaan.

Menurut Hansons, walaupun mangkuk itu memiliki kesan pecah dan calar, kebanyakan pengumpul dari China berhasrat untuk membelinya bagi mendapatkan semula koleksi sejarah dan warisan negara mereka. – Agensi