Gaji menteri di hab kewangan itu adalah yang tertinggi di dunia dengan gaji permulaan menteri berjumlah Sg$1.1 juta (RM3.2 juta) setahun, manakala Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loong memperoleh pendapatan Sg$2.2 juta (RM6.5 juta).

Pemerintah Singapura ber­kata, gaji itu perlu untuk menarik pemimpin berkali­ber dan membendung gejala rasuah.

Namun, isu itu yang berterusan mencetuskan kemarahan orang awam, mendorong pemerintah bertindak memotong gaji para menterinya selepas melakukan semakan semula pada tahun 2012.

Pada tahun lalu, sebuah jawatankuasa melakukan semakan gaji menteri untuk kali pertama sejak pemotongan tersebut dan mengesyorkan kenaikan sembilan peratus.

Namun, Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean mengumumkan di Parlimen bahawa tiada kenaikan gaji tahun ini ketika menjawab soalan mengenai semakan tersebut.

“Pemerintah membuat keputusan untuk tidak membuat sebarang perubahan sebaliknya mengekalkan struktur dan kadar gaji sedia ada,” katanya. – AFP