Hujan yang sedikit pada musim sejuk serta ombak rendah disebabkan feno­mena Super Blue Blood Moon menyebabkan paras air di laluan gondola surut hingga 58.42 senti­meter (cm) di sesetengah kawasan.

Beberapa keping gambar yang diambil sejak seminggu lalu menunjukkan lokasi pelancongan yang digelar Queen of the Adriatic kelihatan suram dengan bot-bot ditutup serta dasar te­rusan kering dan berlumpur.

Ini merupakan kali ketiga berturut-turut fenomena pelik itu melanda Venice yang sering digelar antara kota romantik dunia. Dua tahun sebelum ini terusan itu pernah surut sehingga 71.12cm.

Bagaimanapun, bandar raya itu juga berdepan bencana banjir beberapa kali dalam masa setahun di­sebabkan kebanjiran pelancong, kelemahan bekalan logistik dan hakisan bangunan yang menyebabkan terusan menjadi cetek. 
– Agensi