Terowong sempit sepanjang 45 meter dan antara dua ke tiga meter lebar itu dikorek dari kawasan hutan berhampiran dan masih belum siap. Hujung terowong itu pula sudah tidak jauh daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bank Chase di Jalan Flamingo.

Anggota Polis Pembroke Pines dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mendedahkan mereka sedang menjejaki lebih daripada seorang suspek dalam konspirasi merompak bank itu.

Ejen Khas FBI Miami, Michael Leverock turut meluahkan rasa pelik memandangkan terowong itu sangat kecil dengan saiz seumpamanya hanya boleh dilihat dalam filem-filem yang tidak realistik.

“Kamu perlu menjadi seorang yang berani untuk berada dalam suasana sangat sempit jika mahu masuk ke dalam terowong sekecil ini,” kata Leverock. – Agensi