Perkembangan itu berlaku ketika rejim Bashar meneruskan serangan untuk menawan kubu utama terakhir pembe­rontak dekat Damsyik itu.

Tentera Syria mara ke Gouta Timur dari timur daerah tersebut.

Media Orient TV yang menyokong penentangan terhadap Bashar berkata, kemaraan tentera Syria itu mendorong penghijrahan keluar orang awam,

“Penduduk awam mencari perlindungan di kawasan yang lebih dekat dengan pusat Ghouta Timur,” kata penduduk ber­kenaan yang menganggarkan beribu-ribu orang berpindah.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) menganggarkan antara 300 hingga 400 keluarga telah meninggalkan kediaman mereka sambil menambah, kempen pengeboman tentera Syria kini tertumpu di bandar Mesraba.

Damsyik yang disokong Rusia dan Iran melancarkan antara serangan paling berdarah dalam perang di Ghouta Timur.

Beratus-ratus penduduk awam maut akibat serangan udara Damsyik sejak dua ming­gu lalu.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini menuntut gencatan senjata diadakan selama 30 hari tetapi gagal dilaksanakan.

Rusia sebaliknya meminta gencatan senjata kemanusiaan diadakan selama lima jam setiap hari bagi membolehkan bantuan makanan dihantar dan orang awam serta mangsa yang cedera berpindah.

Namun, bantuan kemanusiaan PBB dan agensi-agensi lain itu belum tiba di Ghouta Timur setakat ini, manakala Jabatan Negara AS pula menyifatkan gencatan senjata unilateral Rusia itu satu ‘jenaka’. – Reuters