AGENSIGAMBAR menunjukkan seorang komando terapung di udara menggunakan teknologi pek jet terbang.

Satu klip video menunjukkan seorang komando yang memakai alat peranti di atas bahu seperti beg galas.

Komando itu kemudian dilihat terapung di udara dengan pek jet terbang diikat pada bahagian punggung dan penujah roket diikat pada pergelangan tangannya.

Anggota tentera itu berjaya melepasi beberapa halangan yang berada di hadapannya dengan terbang tinggi di atas kawasan berumput sebelum mendarat di permukaan tanah.

Alat peranti itu adalah sebahagian daripada ujian penerbangan untuk manusia yang dibangunkan sebuah syarikat teknologi baharu Gravity. 
– Agensi