Lelaki itu ditembak di kepala selepas pertempuran tercetus semasa askar-askar Rejim Zionis menceroboh Kampung Burqa, utara Tebing Barat.

Kementerian Kesihatan mengenal pasti mangsa sebagai Ahmad Abu Obeid berumur 19 tahun.

Tentera Israel tidak mengulas tentang kematian itu tetapi memberitahu dalam satu kenyataan bahawa ia masuk ke perkampungan berkenaan dekat bandar Nablus untuk mencari suspek yang dipercayai me­nembak mati seorang rabai Israel pada bulan lalu.

Rabai berusia 35 tahun itu, Raziel Shevah ditembak mati dekat Havat Gilad, sebuah penempatan haram Yahudi di kawasan Palestin di Nablus pada 9 Januari lalu.

Tentera Israel berulang kali melancarkan serbuan ganas untuk mencari suspek pembunuh yang didakwa seorang pemuda berumur 22 tahun, Ahmed Jarrar.

Tentera Israel tidak menyatakan sama ada dia ditangkap dalam serbuan kelmarin. – AFP