“60 orang cedera oleh pasukan tentera Israel dan 36 ditembak menggunakan peluru hidup, kata jurucakap kementerian, Ashraf al-Qudra kepada agensi berita AFP.

Seorang jurucakap wanita Tentera Israel mendakwa kira-kira 7,000 penunjuk perasaan berkumpul di beberapa kawasan di sepanjang tembok sempadan dan membaling batu serta bahan letupan ke arah askar rejim Zionis.

Rakyat Palestin menyertai bantahan di sepanjang tembok sempadan Israel lebih setahun lalu dan menggesa pentadbiran Zionis untuk menamatkan sekatan di wilayah itu.

Sekurang-kurangnya 265 warga Palestin terkorban akibat terkena tembakan tentera Israel sejak bantahan pada Mac 2018 di kawasan sempadan Gaza. Dua askar Israel mati di lokasi sama. – AFP