IMEJ menunjukkan bonjolan tulang pada individu berumur 28 tahun adalah lebih besar berbanding tengkorak individu berusia 58 tahun.

Pasukan saintis itu berkata, bilangan mereka yang mengalami pembesaran tulang itu semakin bertambah. Bahagian bawah tengkorak itu dinamakan occipital protuberance.

Mereka berkata, sindrom tersebut dialami terutama oleh golongan belia dengan ‘tanduk’ tersebut biasa dilihat dalam kalangan mereka yang berusia antara 18 tahun hingga 30 tahun.

Kajian itu dilakukan oleh pasukan penyelidik Universiti Sunshine Coast di sini.

Dalam kajian mereka, pasukan penyelidik itu mengimbas lebih 1,000 tengkorak orang ramai yang berusia antara 18 hingga 86 tahun.

“Saya menjadi doktor lebih daripada 20 tahun dan hanya pada dekad sebelum ini saya melihat semakin banyak masalah bonjolan berlaku pada tengkorak pesakit,” kata ketua penyelidik berkenaan, Dr. David Shahar.

Dr. Shahar berkata, masalah itu berkemungkinan berpunca daripada orang ramai terutamanya golongan muda kerap tunduk untuk melihat skrin telefon pintar.

Masa berjam-jam yang dihabiskan untuk melihat telefon pintar, tablet dan komputer riba berkemungkinan menyebabkan tekanan pada bahagian tubuh yang jarang digunakan, mengakibatkan ia berubah sedikit demi sedikit.

Dalam kes ini, otot bahagian leher yang bersambung pada belakang kepala kerap digunakan apabila seseorang tunduk untuk melihat telefon pintar. Kepala orang dewasa secara umumnya memiliki berat lima kilogram.

Sebagai tindak balas, otot berkenaan menjadi semakin besar dan kuat, kata Dr. Shahar. Menurutnya, tengkorak pula akan menghasilkan lapisan tulang baharu untuk mengukuhkan bahagian tersebut bagi menyokong otot terbabit. – Agensi

SEBUAH UFO dilihat bersinar di sebuah gurun di California baru-baru ini.

OBJEK berbentuk ular itu hilang selepas berlegar di langit sekitar 30 minit.

GAMBAR X-ray menunjukkan sebilah pisau tertusuk pada wajah seorang remaja lelaki berumur 15 tahun di Kansas.

GAMBAR menunjukkan Eli sebelum insiden dia tertusuk pisau yang hampir meragut nyawanya.