Bagaimanapun sehingga kini, Colin Steer, 67, hanya menemui pedang kayu, kulit lembu dan lebih menakutkan dia turut menemui beberapa peranti pembakar yang biasa digunakan untuk bahan letupan milik tentera Jerman.

Pesara itu menemui barangan tersebut pada kedalaman 5.18 meter (m) hingga 10m perigi tersebut yang digali tanpa menemui sebarang logam bernilai.

Steer dan isterinya, Vanessa berpindah ke kediaman Victorian itu 30 tahun lalu sebelum mula mengesan sesuatu yang tidak kena dengan lantai di ruang tamu.

Steer kemudian menggali ruang tersebut sedalam 30 sentimeter dan mendapati ianya sebuah perigi, namun Vanessa menyuruhnya supaya menutup lubang tersebut kerana mempunyai tiga orang anak-anak yang masih kecil.

“Saya mula menggali semula perigi selepas bersara pada tahun 2011 dengan harapan menemui emas,” kata Steer dan menambah, beberapa orang penduduk setempat turut membantu. 
– Agensi