Menariknya, calon yang terpilih untuk pekerjaan itu akan dibayar gaji sebanyak £320 (RM1,670) sebulan dan diberikan penginapan percuma berupa sebuah rumah kediaman bersama taman peribadi.

Menurut laporan, rumah itu, God’s Little People Cat Rescue diusahakan oleh Joan Bowell, 51, dari Denmark dan suami sejak 2010.

Pekerjaan itu bersifat jangka masa panjang dengan tempoh minimum selama enam bulan. Calon yang mengemukakan permohonan perlu memiliki sifat jujur, bertanggungjawab dan boleh dipercayai, kata Bowell.

Bowell semasa mengiklankan pekerjaan itu menerusi Facebook menyatakan tugas itu sesuai untuk mereka yang berumur 45 tahun ke atas dan calon terpilih akan diumumkan pada akhir bulan ini. – Agensi

rumah lengkap bersama perabot ditawarkan sebagai tempat tinggal bagi penjaga kucing di Syros, Greece.

Joan Bowell mengangkat seekor kucing baka Moggie.

Imej menunjukkan sebahagian kucing yang perlu dijaga.