Kerajaan metropolitan Tok­yo mendedahkan, kajian tersebut merupakan anggaran pertama kesan kerosakan yang bakal dihadapi sejajar dengan fenomena ribut yang semakin meningkat di seluruh dunia.

Menurut laporan berkenaan, kawasan seluas 212 kilometer persegi atau satu pertiga daripada kawasan tengah Tokyo akan tenggelam dengan kedalaman maksimum 10 meter jika taufan kuat datang bersama ombak tinggi.

Kejadian yang menakutkan itu dijangka memberi kesan kepada 3.95 juta penduduk bandar raya, menenggelamkan premis perniagaan dan kawasan hiburan selain kebanyakan stesen kereta api utama, kata kerajaan tempatan.

Tokyo pada masa kini mempunyai populasi seramai 13.7 juta orang.

“Khususnya zon timur Tokyo berhampiran Sungai Arakawa akan tenggelam le­bih daripada satu minggu jika ombak tinggi di Pelabuhan Tokyo melepasi tebing su­ngai,” kata kajian itu.

Berdasarkan ramalan, kerajaan Tokyo berkata, pihak berkuasa perlu me­rancang serta mengemas kini langkah-langkah evakuasi dan menyemak semula kaedah menghantar mesej amaran kepada penduduk tempatan. – AFP