Virus HIV tersebar menerusi hubungan seks, darah tercemar dan daripada ibu yang dijangkiti kepada bayi di dalam rahim atau melalui susuan badan.

Bagaimanapun, kebimbangan penduduk berhubung penemuan seminggu lalu itu mengakibatkan mereka menuntut supaya air tasik itu dikeringkan, kata pegawai berkenaan, Naveen Hullur.

“Kami cuba sedaya upaya untuk meyakinkan penduduk kampung bahawa kami akan menguji air tasik itu tetapi mereka berdegil, malah enggan mendekati lokasi tersebut, kata Hullur.

Tasik berhampiran Kampung Morab di negeri Kartanaka itu meliputi kawasan seluas 13 hektar dan menjadi sumber air minuman kepada lebih 1,000 penduduk kampung.

Operasi mengeringkan tasik itu berlangsung selama empat hari manakala air baharu dari sebuah terusan berdekatan akan dialirkan masuk dengan proses itu pula dijangka memakan masa sehingga lima hari, tambah Hullur tanpa memberikan butiran lanjut. – Reuters