Gambar bandar Baiae yang dipercayai hilang selama 1,700 tahun di sebuah pantai di barat Itali didedahkan oleh sekumpulan penyelam yang menemuinya.

Pihak berkuasa di sini dikatakan membenarkan pasukan penyelam menerokai kawasan berkenaan yang meliputi khazanah termasuk patung purba, beberapa rumah mewah, lantai berjubin dan banyak lagi.

Seorang penyelam, Antonio Busiello, 45, berkata, dia menemui beberapa jalan raya, dinding, vila, dan gereja yang masih berdiri dengan kukuh walaupun diselaputi dengan lumut.

“Aktiviti menyelam di sini seolah-olah menyelam ke dalam dunia penuh bersejarah apabila menemui kota purba Roman di dasar laut. Ia satu pengalaman indah yang sukar digambarkan,” katanya.

Empayar itu terbenam gara-gara letusan Gunung Vesuvius pada tahun 79 Sebelum Masihi sekali gus turut memusnahkan bandar Pompeii dan Herculaneum.

Satu dokumentari yang disiarkan pada awal tahun ini bertajuk Rome’s Sunken Secrets diikuti dengan satu siri selaman diketuai oleh arkeologi dasar laut, Dr. Barbara Davidde selain turut melibatkan beberapa ahli sejarah dan saintis dari seluruh dunia. – Agensi