Illma Gore mengambil masa selama tiga bulan untuk menghasilkan tandas bersadur emas itu dengan menggunakan 24 buah beg kulit Louis Vuitton bernilai AS$15,000 (RM62,900) dan sebuah beg pakaian berharga AS$3,000 (RM12,600).

Tandas ciptaan Gore yang dipamerkan di bilik pameran Tradesy di California berfungsi sepenuhnya sebaik sahaja pembeli menyambung kemudahan itu dengan sistem paip dan pembentungan 
di rumah.

Gore sebelum ini pernah menghasilkan potret bogel Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sebelum beliau bertanding dalam pilihan raya Presiden AS. – Agensi