Mayat bintang bola sepak Sao Paulo, Daniel Correa Freitas itu ditemui di kawasan semak di San Jose dos Pinhais yang terletak di negeri Parana, selatan Brazil pada 27 Oktober lalu.

Sebelum kematiannya, Freitas dilaporkan telah dijemput menghadiri parti hari lahir temannya, Allana Brittes ke-18.

Edison Brittes Junior, 38, yang merupakan seorang ahli perniagaan, ditahan tiga hari kemudian dan mengakui membunuh pemain bola sepak berusia 24 tahun itu kerana terlalu marah.

Dalam satu rakaman video, Edison memberitahu dia ternampak Freitas merogol isterinya, Cristiana di rumah mereka pada parti hari lahir anak perempuan mereka.

“Dia (Freitas) masuk ke bilik kami dan menanggalkan bajunya sebelum mengunci pintu. Apabila saya berjaya membuka pintu, saya lihat dia berada di atas isteri saya yang menjerit meminta pertolongan,” kata Edison di dalam video tersebut.

Edison bersama isteri dan anak perempuannya, kini ditahan polis untuk siasatan lanjut. – Agensi