Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Iyad al-Bozum berkata, sempadan di Rafah yang terletak di pesisir pantai wilayah Palestin ke Mesir dibuka mulai semalam.

Bagaimanapun, hanya kes-kes kemanusiaan yang berdaftar dengan kementerian sahaja dibenarkan untuk keluar termasuk 20,000 golongan miskin daripada dua juta orang yang menetap di wilayah itu.

Langkah pembukaan sempadan itu bagaimanapun hanya bersifat sementara sebelum ditutup semula pada Isnin.

Sempadan itu ditutup secara sepenuhnya sejak Ogos lalu dan sebahagian besar kawasan itu telah ditutup sejak beberapa tahun lalu.

Menerusi perjanjian perdamai­an yang dimeterai pada bulan lalu, pemerintah bandar Gaza, Hamas bersetuju menyerahkan kuasa kepada seterunya, Fatah mulai 1 Disem­ber ini.

Fatah dan Hamas dijangka akan bertemu di Kaherah pada minggu hadapan untuk membincangkan kaedah mengembangkan perjanjian itu. – AFP