“Operasi mencari dan menyelamat diteruskan untuk mencari mangsa yang hilang, kata jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana, Sutopo Purwo Nugroho.

Bencana yang berlaku pada pukul 5.30 petang kelmarin itu menimbus sebanyak 30 buah rumah di Kampung Dusun Garehong Desa Sirnaresmi, Kecamatan Cisolok di Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat.

Menurut Sutopo, pasukan menyelamat menemui 15 mayat dan memeriksa kawasan tersebut untuk mencari sekurang-kurangnya 25 penduduk yang masih hilang.

“Hujan lebat, ketiadaan bekalan elektrik dan keadaan jalan yang teruk menghalang jentera berat daripada memasuki lokasi bencana,” ujar Sutopo.

“Tiga penduduk cedera dalam bencana itu dan 16 yang lain telah dipindahkan,” tambahnya.

Lebih 20 orang terkorban pada Oktober tahun lalu apabila banjir kilat dan tanah runtuh berlaku di beberapa wilayah di Pulau Sumatera. – AFP/Bernama