Stesen televisyen rasmi Iran menyatakan sekolah yang ditutup sejak Ahad lalu akan berterusan hingga esok di Teheran, sebuah bandar yang mempunyai seramai 14 juta penduduk dan lebih 8 juta kenderaan.

Bagi mengurangkan kesan pencemaran, pihak berkuasa Iran semalam mengumumkan bahawa penggunaan kereta hanya dibenarkan pada hari-hari tertentu. Operasi kilang-kilang simen dan perlombongan turut dihentikan di Teheran.

Sekolah-sekolah di bandar Tabriz, Urmia dan pusat bandar Isfahan juga ditutup disebabkan  pencemaran udara, lapor agensi penyiaran IRNA sebentar tadi.

Kementerian Kesihatan Iran menasihatkan warga emas, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai masalah jantung untuk tidak keluar dari rumah. - Reuters